Thursday, June 28, 2012

hidup oh hidup

Assalamualaikum..
perasaan membuak buak nak menconteng entry baru
masalah dan tekanan yang dihadapi kebelakangan ni semakin tak larat dibendung
masalah dalaman dan luaran makin hari makin bertambah
mungkin esok atau lusa melutus di bumi KTSN yang tak berapa permai nie..


cabaran demi cabaran aku tempuhi dengan jayanya..
praktikal, VIVA, final exam, kes study
dan segala perkara yang menuntut sebuah komitmen seorang student macam aku
mulanya aku rasa aku boleh 
tapi at last aku rasa aku sudah tak mampu lagi berdiri 
kaki semakin longlai
hati semakin rapuh
pandangan semakin kabur
errr~ dah tue sangat ker pandangan pun dah kabur???


dan semalam kami dikejutkan dengan berita yang menakutkan
ibarat baru tersedar dari lena yang panjang
mata terpisat pisat
terkebil kebil memikirkan masa depan..
keputusan dibuat secara mengejut
segalanya menjadi tidak pasti..
mampukah aku atau mampuskah aku???


rasa rindu dengan korang semua even belum lagi berpisah.. wuhuuuu~

dan kini aku hanya mamapu berdoa
SEMOGA ALLAH MENYALURKAN SEDIKIT KEUATAN BUATKU DAN RAKAN RAKAN SEPERJUANGAN DALAM MENEMPUHI DUGAAN DAN CABATAN MASA DEPAN..
aminnn~


Friday, August 5, 2011

kucing caesarean????


Assalamualaikum.. hah? tu nape xjawab?? huhu

Ellop...
sekarang nie ak nga wat part time dekat klinik haiwan yang tempat akak aku kerja.. 
macam2 lah jgak pengalaman pertama yang aku dapat kat cnie.. bende2 yang xpernah terfikir aku akan nampak pun ade.. antaranyer doctor wat CPR(cardipulmonary resuscitation), bagi makan ubat kat kure2, hamster branak(hamster nie aku nyer tp letak kat klinik 2.. hehe) n one of the pelikest thing ialah tengok kucing caesarean.. pada sesetengah orang mungkin bende nie xpelik, tp pada aku mmg la tersangat pelik.. 
maybe xdapat aku lupakan untuk beberape bulan or paling lame setahun kot.. huhu

so alkisah, pada hari kejadian seorang customer telah membawa seekor kucing yang terlampaulah gemuk n nampak agak2 obes.. 
tuan empunya kucing 2 bagi tau pada doctor veterinar@ akak aku yang kucing nie dah overdue@xbranak2 lagi even da cukup bulan...
setelah dapat semua penjelasan dari akak aku dan sorang lagi doctor, uncle customer 2 pun bersetuju untuk menyerahkan kucing die untuk dibedah.. ala2 standard procedure kat spital manusia gak la....
petang 2 pada pukul 4 petang para doctor pun memulakan sesi membelah perut kucing dengan tanpa belas kasihan.. huhu tak3,, dengan rasa penyayang la kot...^_^


aku n kucing yang xder prasaan... 

beberapa jam kemudian <-- xde la sampai sejam pn.. huhu 
seekor demi seekor cucu uncle customer telah dikeluarkan dengan jayanya.. tp anak kucing nie semua da hampir lemas dalam perut mak die.. so bermula lah sesi  CPR dan menghayun anak kucing untuk keluarkan mucus yang ade dlm paru2 mereka...actually xde la hayun pun tp aku xtau nak bahasakan action hayun kucing 2 camne.. wawawa~ mule2 agak lemah gak la,, but after dah boleh bernafas sendiri mereka nie diletakkan atas belon air panas yang dialas dengan towel untuk stabilkan suhu mereka.. 

disebabkan takut mak mereka nie xkenal anak2 die,, so kami pun call uncle customer untuk ambil dan jage mereka nie... uncle customer datang dengan hati happy n muke yang berseri2 bile dapat tahu die dapat 6 ekor cucu.. die pn bawak balik cucu2 n mereka diberi susu oleh ibu kucing lain... days after that, uncle call n bagi tau yang cucu2 die semuanya sihat.. huhu Alhamdulillah~

baby2 kucing@mereka yang baru lahir...

cuter nyer~

hmmm.. selama nie aku xrase pun nyawa selain manusia camtu berharga.. but after kerja kat klinik haiwan nie aku mula hargai nyawa2 makhluk Allah yang lain.. apetah lagi tengok kucing2 and anjing2 yang cute 2.. sekarang baru aku faham perasaan sesetengah orang yang sampai menangis sebab tengok kucing kena dera.. hopefully manusia lain pun akan belajar untuk sayang haiwan cam mane doctor2 veterinar nie sayang mereka...peace~

nota kaki: jangan sesekali menyakiti haiwan especially kucing, kerana mereka nie sentiase berzikir dan mendoakan kiter... =)


Monday, July 25, 2011

Bicara hati seorang adik


Ellop~ n Assalamualaikum

Suatu hari seorang adik datang untuk membawa pulang ibunya yang di tinggalkan bersama keluarga abangnya kerana menghadiri majlis konvokesyen anaknya yang baru sahaja berjaya menamatkan pengajiannya. Ibunya tinggal bersama abangnya untuk sehari cuma. Sesampainya di rumah abangnya secara tiba2 si adik diserang dengan menggunakan kata2 yang agak kasar. Tidak tahu apakah kesalahan yang telah dilakukan sehingga si abang begitu marah kepadanya. Setelah dimarah si adik yang tidak dapat menahan sabar akhirnya telah memukul si abang dengan meggunakan tongkat ibunya. Sehingga lah berlaku sedikit babak Hindustan di hadapan rumah si abang..


Akhirnya pergaduhan dileraikan dan kedua-duanya balik dengan hati yang sebu.. disinilah pergaduhan sebenar telah berlaku. Perang dingin yang bertahun lamanya sehingga si abang mengabaikan si ibu yang sudah tua dan menhidapi dementia. Kasihan benar si ibu.. sudah lah tua si anak pula berperang, betapa hancurnya hati tua seorang ibu melihat anak2 nya begitu..…

Hari berganti hari, hingga pun hari raya mereka tidak jua bermaafan.. semua hanya kerana keegoan yang terlalu tinggi dalam diri kedua adik beradik ini. Hanya satu ayat dilafazkan oleh si abang yang diingati oleh si adik “dah lame da aku simpan selame nie…” apakah  maksudnya??? apakah silap sebenar si adik???


Si adik telah beberapa kali cuba untuk berbaik dengan si abang namun entah mengapa, hati si abang terlalu keras untuk memaafkan si adik.  Sehingga lah kini si abang hanya datang menjenguk si ibu jika ketiadaan si adik di rumah.  Alangkah haru nya…

Mengapa harus si abang terus menyimpan dendam terhadap si adik???

Mengapa si abang tidak menegur silap adiknya??

Mengapa si abang tidak meluahkan segala yang terpendam dengan cara yang lebih baik???

Bukankah seorang adik seharusnya ditegur sekiranya melakukan kesilapan??

Mungkin bagi seorang kakak atau abang mereka adalah yang lebih matang dan mempunyai kuasa dalam menentukan segalanya.mungkin mereka merasakan bahawa mereka layak untuk memaki hamun adik jika si adik melakukan sebarang kesalahan… namun si adik juga manusia, sering melakukan kesilapan. Punyahati dan perasaan.Apakah salahnya jika ditegur dengan cara yang baik.

Bagi yang diluar sana yang telah memikul tanggungjawab sebagai seorang abang dan kakak yang baik tahniah pada anda. Namun bagi yang menyalah guna kuasa dan pangkat anda sila lah renung dan fikirkan kembali. Kami sebagai adik walau sebesar manapun masih memerlukan bimbingan dan kasih saying anda.. bukan untuk dijadikan tempat melepaskan geram.
Kami juga punya harga diri, jangan lah maruah kami dipijak dengan sesuka hati hanya kerana kami SEORANG ADIK….


Friday, May 13, 2011

kesepian dihati..


Di satu sudut yg sunyi,
ditemani kicauan burung yg keluar mencari rezeki dipagi hari aku termenung seorang diri...
fikiran kosong bersama hati yang merindui orang-orang yg disayangi....
satu persatu wajah yang redup terbayang di ruang mata..
gelak dan tawa, saat suka duka jelas bermain diruang imaginasi...

entah mengapa hatiku menjadi sebak tiba-tiba..
mungkin kerana rindu yang begitu mencengkam sanubari,
air mata gugur di pipi tanpa dapat aku kawal...
oh ayah, oh ibu, sesungguhnya anakmu ini amat merindui mu...

disatu sudut aku menjalani rutin seperti hari-hari yang telah berlalu,
namun di satu sudut hati ku terpendam suatu rasa yang aku sendiri xpasti,
tiada lagi hati yang penuh terisi dengan kasih sayang,
hati yang kegersangan mencari kasih Ilahi,
mencari kasih manusia yang aku sendiri tidak pasti....


Ya Rabbi, sesungguhnya bimbinglah hambaMu ini dalam mencari redhaMu..
bantulah hambaMu ini dalam mencari ketenangan hakiki,
sebelum hambaMu ini pergi menuju alam yang kekal abadi,
hanya padaMu tempat mengadu, 
dan hanya Engkaulah yang Maha Memahami dan Mengetahui segala isi hati...




Tuesday, May 3, 2011

MALAM SERIBU BINTANG****

Assalamualaikum w.b.t,, 
ellop,, sorry la da lame xhupdate blog... 
disebabkan kesedikitan kebizian dalam minggu lepas so xdapek la nak memanje2 kan blog kesayangan nie.. huhu

entry kali nie simple jer,,, just nak view sikit pasal dinner jabatan terapi carakerja@occupational therapy (OT) yg berlangsung pada 30 April 2011.. nape wat lambat sangat??? hohoho~ jawapannyer sebab kami organizer nie terlalu-lalu lah bizi sepanjang sem nie.. jadi tarikh nie je lah yang xbape nak free... 

ok lah,, malas nak celoteh panjang jom kiter tengok gambar~


cermin pn jadi la~

 isma-aku-diya-ct

menayang doorgift yang cute,, hehehe

mane hana???

wif OPPA the king of the night!!

4th year yg akan meninggal kn kami~ (nak keje bkan nak g mane pn...)

cik aifa yang cute, hana bukan tajima and wahida(junior kami)

cermin lagi~

dan lagi~

dati yg kempunan nak jadi queen.. huhu

barisan OT dan bakal OT~

mari makan sampai mabuk~

dinner hall kami~

p/s: to all OT 2nd year,, congrates for the successful, and joyful dinner that nite,, to other years thanks a lot for the support and to all lecturers, we love u all for all your kindness... OT memang MANTOP!!!!