Monday, July 25, 2011

Bicara hati seorang adik


Ellop~ n Assalamualaikum

Suatu hari seorang adik datang untuk membawa pulang ibunya yang di tinggalkan bersama keluarga abangnya kerana menghadiri majlis konvokesyen anaknya yang baru sahaja berjaya menamatkan pengajiannya. Ibunya tinggal bersama abangnya untuk sehari cuma. Sesampainya di rumah abangnya secara tiba2 si adik diserang dengan menggunakan kata2 yang agak kasar. Tidak tahu apakah kesalahan yang telah dilakukan sehingga si abang begitu marah kepadanya. Setelah dimarah si adik yang tidak dapat menahan sabar akhirnya telah memukul si abang dengan meggunakan tongkat ibunya. Sehingga lah berlaku sedikit babak Hindustan di hadapan rumah si abang..


Akhirnya pergaduhan dileraikan dan kedua-duanya balik dengan hati yang sebu.. disinilah pergaduhan sebenar telah berlaku. Perang dingin yang bertahun lamanya sehingga si abang mengabaikan si ibu yang sudah tua dan menhidapi dementia. Kasihan benar si ibu.. sudah lah tua si anak pula berperang, betapa hancurnya hati tua seorang ibu melihat anak2 nya begitu..…

Hari berganti hari, hingga pun hari raya mereka tidak jua bermaafan.. semua hanya kerana keegoan yang terlalu tinggi dalam diri kedua adik beradik ini. Hanya satu ayat dilafazkan oleh si abang yang diingati oleh si adik “dah lame da aku simpan selame nie…” apakah  maksudnya??? apakah silap sebenar si adik???


Si adik telah beberapa kali cuba untuk berbaik dengan si abang namun entah mengapa, hati si abang terlalu keras untuk memaafkan si adik.  Sehingga lah kini si abang hanya datang menjenguk si ibu jika ketiadaan si adik di rumah.  Alangkah haru nya…

Mengapa harus si abang terus menyimpan dendam terhadap si adik???

Mengapa si abang tidak menegur silap adiknya??

Mengapa si abang tidak meluahkan segala yang terpendam dengan cara yang lebih baik???

Bukankah seorang adik seharusnya ditegur sekiranya melakukan kesilapan??

Mungkin bagi seorang kakak atau abang mereka adalah yang lebih matang dan mempunyai kuasa dalam menentukan segalanya.mungkin mereka merasakan bahawa mereka layak untuk memaki hamun adik jika si adik melakukan sebarang kesalahan… namun si adik juga manusia, sering melakukan kesilapan. Punyahati dan perasaan.Apakah salahnya jika ditegur dengan cara yang baik.

Bagi yang diluar sana yang telah memikul tanggungjawab sebagai seorang abang dan kakak yang baik tahniah pada anda. Namun bagi yang menyalah guna kuasa dan pangkat anda sila lah renung dan fikirkan kembali. Kami sebagai adik walau sebesar manapun masih memerlukan bimbingan dan kasih saying anda.. bukan untuk dijadikan tempat melepaskan geram.
Kami juga punya harga diri, jangan lah maruah kami dipijak dengan sesuka hati hanya kerana kami SEORANG ADIK….